Selasa, 14 Julai 2020

Ikan Laga

Hai semua, lagi sekali blog aku ni sendu mendu dan sepi dengan terlalu lamanya tapi aku masih tak rasa nak delete blog ni..huhu..

Ok la malas nak cakap banyak, kalau korang tengok tajuk aku kat atas tu memang dah boleh agak la kan apa cerita aku harini.. ceritanya haritu aku ada dapat seekor ikan laga ni yang aku letak nama nya Toby.  kenapa Toby? hm aku rasa tu nama yang paling sedap aku boleh bagi 😊. Actually, ni first time aku bela ikan jenis macam ni tu pun sebab orang bagi hmm tapi alhamdulillah Toby still lagi selamat ye hidup dengan aku.. so lepas ni aku rasa adalah topik apa aku nak cerita kan kat dalam blog aku ni.  oh ye harini genap 10 hari Toby di bawah penjagaan aku dan aku doakan dia mampu bertahan  dapat mamy macam aku ehek...
                                                                        

                                                                 
     
Hah ni gambar Toby waktu mula-mula dia jumpa aku..



aku selitkan video pertama Toby yan time ni dia masih malu-malu ikan hm..😕


So, aku rasa cukup sampai sini cerita aku.  Nanti aku cerita lagi okeyh..

Isnin, 6 Januari 2020

blog baru

Assalamualaikum guys.

Tak terlambat kan nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2020.
azam tahun baru ni adalah untuk memenuhi azam2 yang sebelum ni tidak tercapai hah giteww.
sedar tak sedar aku dah berada kat dunia blogger ni *sangat* 7 tahun. dan sepanjang tahun tu jugak la aku dah terbit dan padam blog ni dua tiga kali. haha...
untuk tahun baru ni, aku berharap aku dapat teruskan menaip disini. sebab semakin meningkat umur ni semakin orang taknak dengar masalah aku, jadi aku rasa aku boleh dah kot lepaskan segala tekanan perasaan aku ni disini walaupun kemahiran mengarang aku sangat la huru hara..

apa yang aku nak buat?
apa yang aku nak ceritakan?
..
aku sendiri tidak tahu. mungkin cerita dalam blog aku ni akan random gil*r.. dan semoga siapa yang terjah blog aku ni mohon tabah.

itu je kot aku nak cakap.
haha
ok bye....